fbpx
SEORANG penunjuk perasaan memakai kostum 'Raja Taco Trump' semasa tunjuk perasaan di Boston, Massachusetts 14 Jun lalu. -- AFP

Ratusan ribu penunjuk perasaan berarak bantah ‘Raja Trump’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Sebiji belon gergasi berwarna oren yang menonjolkan Presiden Donald Trump memakai lampin mencuri tumpuan demonstrasi ‘Tiada Raja’ kelmarin, ketika beratus-ratus ribu orang turun ke jalan raya di serata Amerika Syarikat bagi membantah dasar beliau.

Penganjur menjangkakan tunjuk perasaan diadakan di semua 50 negeri AS, menyifatkannya terbesar sejak Trump kembali ke White House pada Januari lalu. Siri protes itu bertujuan untuk menolak pemerintahan kuku besi, dasar mendahulukan bilionair dan penenteraan sistem demokrasi AS. 

Penunjuk perasaan membawa sepanduk tertera slogan seperti ‘Tiada Raja’ dan ‘Tiada Mahkota untuk Badut’, berhimpun berhampiran perarakan tentera besar-besaran di Washington kelmarin.

Perarakan itu sebagai meraikan penubuhan Tentera AS tetapi tarikhnya turut jatuh pada hari lahir Trump yang ke-79.

Ketika beribu-ribu askar berarak dan kereta-kereta kebal melalui jalan-jalan di Washington, penunjuk perasaan di seluruh AS mengecam Trump  sebagai seorang ‘fasis’.

“Kita mempunyai seorang diktator(Trump) kata pesara jururwat berumur 56 tahun, Robin Bread di Austin, Texas di mana beribu-ribu orang menyertai demonstrasi sambil dikepung oleh beratus-ratus anggota polis.

Di New York, berpuluh-puluh ribu orang berarak di Fifth Avenue sambi melaungkan slogan ‘Donald Trump perlu pergi’.

Tunjuk perasaan itu turut disertai beberapa selebriti seperti pelakon Susan Sarandon dan Mark Ruffalo.

Tunjuk perasaan Tiada Raja itu turut diadakan di bandar raya Los Angeles. – AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI