BERLIN – Petinju dari wilayah Chechen, Abu Yusupov yang tidak pernah kalah dalam sembilan pertarungan meninggal dunia selepas ditikam pada leher dalam serangan di stesen kereta api Berlin, Jerman, lapor portal berita The Mirror semalam.
Yusupov secara tragis hilang nyawa pada usia 39 tahun berikutan serangan pisau di stesen kereta api tersebut.
Menurut laporan penerbitan Jerman, Tagesspiegel, Yusupov cedera parah di leher semasa pergaduhan di stesen kereta api Gesundbrunnen,Selasa lalu.
Walaupun polis berusaha untuk menyelamatkannya dan menghantar ke hospital, peninju itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Majlis Tinju Dunia (WBC) dalam satu kenyataan berkata: “WBC berkabung atas pemergian Yusupov peninju Chechnya yang tidak kalah selepas ditikam di Berlin, Jerman.”
Memperincikan pencapaian kerjayanya, WBC berkata, dalam pertarungan pada Januari lalu, dia memperoleh kemenangan ke atas Giorgi Kandelaki, lapor portal berita Daily Star.
Polis Berlin masih menyiasat pembunuhan Yusupov. – AGENSI