fbpx

HSA sudah uzur, telah berusia lebih 140 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LING Tian Soon (dua kanan) mengadakan lawatan kerja ke HSA dalam usaha menaiktaraf kemudahan dan fasiliti hospital awam berkenaan demi kesejahteraan pengunjung.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akui terdapat banyak fasiliti dan kemudahan perubatan yang telah uzur di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang telah berusia lebih 140 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, bangunan utama hospital berkenaan telah dibina sejak tahun 1920-an dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Menurutnya, hospital tersebut juga telah mengalami insiden kebakaran besar pada tahun 2016, selain beberapa insiden kecil pada tahun 2018 dan 2020.

“Hospital ini bukanlah hospital biasa, ia sudah berdiri lebih 140 tahun dan menjadi saksi kepada pelbagai sejarah kesihatan di Johor. Maka tidak hairanlah jika banyak fasilitinya sudah uzur.

“Kapasiti katil berjumlah 1,206 setiap hari hampir penuh digunakan dengan kepesatan pembangunan Johor Bahru dan peningkatan populasi yang mendadak. HSA merupakan hospital rujukan negeri dengan pelbagai kes dari seluruh Johor akan dikumpulkan di sini,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke hospital tersebut, di sini.

Tambah Tian Soon, walaupun sektor kesihatan dibawah tanggungjawab kerajaan pusat, namun kerajaan negeri tidak berdiam diri dan telah melakukan pelbagai usaha penambahbaikan.

“Antara usaha yang telah dibuat termasuklah menggantikan tilam dan katil, kerusi menunggu serta kipas rosak; naik taraf tandas dan kawasan letak kenderaan; penambahan komputer serta penyediaan bas percuma.

“Namun pada masa sama, kami juga alu-alukan masyarakat untuk menyumbang kepada usaha menaiktaraf perkhidmatan di hospital ini. Sumbangan boleh dibuat melibatkan kerusi roda, katil pesakit, komputer mahukan penghawa dingin,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI