fbpx

Sempat bercakap dengan kakak sebelum maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua buah kereta yang bertembung di Kilometer 30.3, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong, Machang tengah malam tadi. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Salah seorang mangsa yang maut dalam nahas dua buah kereta bertembung di Kilometer 30.3, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong di sini tengah malam tadi sempat bercakap dengan kakaknya sebelum terlibat kemalangan.

Siti Yusnita Yaacob, 34, berkata, arwah adiknya, Siti Nurmunirah Yaacob, 26, ada memaklumkan pada pagi semalam bahawa dia akan keluar bersama anak saudara, Siti Nurul Fatihah Rosihan Amri, 13, bergerak pulang ke Machang,

Menurutnya, adik bersama anak saudaranya itu sedang dalam perjalanan pulang ke Machang selepas membeli barang di bandar Kota Bharu.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah Siti Nurmunirah pada pagi semalam sebelum di bertolak ke Machang. Dia bekerja di sebuah kedai cermin mata di Pasir Mas dan tinggal bersama saya di Pengkalan Chepa.

“Arwah akan pulang ke kampung halaman kami di Machang setiap kali hari cutinya. Dia sudah pulang ke kampung mengambil anak saudara sebelum bergerak semula ke Kota Bharu untuk membeli barang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, dua maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung di Kilometer 30.3, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Pulai Chondong di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah malam itu, Ahmad Illman Hakim Abd. Rahman, 30, yang memandu kereta jenis Honda Accord meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta Perodua Axia, Siti Nurmunirah menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Machang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI