KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun bagi semua institusi pendidikan swasta mulai 1 Januari 2026.
Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan institusi berkenaan memberi tumpuan untuk meningkatkan mutu.
Jelas Anwar, pengecualian levi itu melibatkan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan vokasional, institusi pendidikan tinggi dan institusi latihan.
“Saya minta kedua-dua Ketua Setiausaha (KSU) iaitu Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan tumpu dan pantau supaya institusi latihan ini memberikan yang sebaiknya.
“Pantau juga supaya syarikat swasta yang mencatat keuntungan yang tinggi beri pulangan sedikit kepada pekerja,” katanya ketika berucap pada Minggu Latihan Kebangsaan (NTW 2025) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE