fbpx

Harga minyak dunia naik mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNGGANG motosikal mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jakarta, Indonesia awal bulan ini. - Foto AFP

WASHINGTON – Harga minyak dunia melambung tinggi semalam selepas Israel menyerang tapak nuklear dan kemudahan tentera Iran, demikian menurut laman berita Al Mayadeen.

Serangan itu menggemparkan pasaran global dan menimbulkan kebimbangan konflik serantau yang lebih meluas.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan Brent yang merupakan penanda aras global, mencatatkan keuntungan sehari terbesar sejak Mac 2022 selepas Russia menceroboh Ukraine. 

Kenaikan semalam juga adalah kenaikan harga minyak mingguan tertinggi sejak Oktober 2022.

Minyak mentah AS melonjak 7.26 peratus dan ditutup sekitar AS$72.98 setong (RM310).

Sementara itu, minyak mentah Brent pula melambung 7 peratus pada harga hampir AS$74.23 (RM315) setong. 

Awal hari yang sama,  harga minyak AS dan Brent masing-masing melonjak sebanyak 14 peratus dan 13 peratus.

“Untuk pasaran, tumpuan kini beralih kepada bagaimana situasi di Asia Barat mungkin menjadi lebih buruk lagi,” kata Pakar  Strategi Bank Deutsche, Jim Reid.

Iran bertindak balas terhadap pencerobohan Israel dengan melancarkan ratusan peluru berpandu balistik terhadap negara haram itu hari ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI