fbpx

Cuaca buruk di lima negeri sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat terutama di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari.

Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor.

“Kawasan yang terlibat di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung. Manakala di Selangor kawasan yang dijangka cuaca buruk adalah Klang,” katanya.

Angin kencang dan hujan lebat turut dijangka melanda negeri Johor di beberapa lokasi seperti Tangkak dan Muar.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI