fbpx

YouTuber didakwa buat hantaran jelik siasatan GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang pencipta kandungan di YouTube (YouTuber) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik di platform tersebut berhubung siasatan pihak berkuasa terhadap GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), tahun lalu.

Bagaimanapun Norizan Yahaya, 62, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik menggunakan akaun YouTube telah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada antara pukul 2 dan 6 petang pada 15 September 2024.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pukul 8 malam pada 16 September.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Hannif Ahijman mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Asiah Abdul Jalil yang mewakili OKS memohon jumlah ikat jamin yang lebih rendah.

Peguam terbabit menyatakan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja secara dalam talian menjual makanan kesihatan dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

“OKS juga mempunyai lima anak termasuk dua yang masih menuntut di universiti. Sejak siasatan dilakukan pada 17 September 2024 OKS sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa,” kata peguam itu.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, mahkaman membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000.

Tarikh 11 Julai ini ditetapkan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI