fbpx
WARHOLM bergambar bersama papan elektronik menunjukkan catatan masa rekod dunia yang diciptanya di Oslo awal pagi tadi. - AFP

Warholm pecah rekod dunia sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO, Norway – Karsten Warholm terus mengganas apabila berjaya memecah rekod dunia miliknya dalam acara 300 meter (m) lari berpagar pada Liga Berlian di Stadium Bislett, Oslo awal pagi tadi.

Bintang Norway itu bangkit dengan larian luar biasa apabila memintas pencabar utama dari Amerika Syarikat, Rai Benjamin di selekoh terakhir sebelum menamatkan saingan dengan catatan 32.67 saat (s), mengatasi rekod lamanya 33.05s yang dicipta pada April lalu.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu mengakui bimbang dengan cabaran Benjamin yang memberi tentangan cukup sengit sepanjang perlumbaan tersebut.

“Saya risau bila Rai (Benjamin) mula rapat sangat, tapi saya tahu saya boleh tekan habis di pagar terakhir hingga ke garisan.

“Saya biasa pancit ketika jarak 400m, jadi 300m ini memang sesuai dengan saya. Memang gembira dapat beri persembahan terbaik depan mereka (penyokong),” kata juara dunia tiga kali acara 400m berpagar itu.

Benjamin terpaksa akur di tempat kedua dengan masa 33.22s, manakala Alison dos Santos dari Brazil berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketiga (33.38s).

Sementara itu, Benjamin tidak berkecil hati kerana sasaran utamanya adalah pingat emas Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada Ogos nanti.

“Saya perlu teruskan latihan kerana misi sebenar di Tokyo nanti. Cabaran pasti lebih sengit dan saya akan memberikan terbaik sewaktu berada di Jepun,” kata Benjamin yang menewaskan Warholm pada final Olimpik Paris tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI