fbpx

[VIDEO] Buku tahriri wajib untuk pelajar Imtiaz, tinggalan Allahyarham Nurly jadi inspirasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai yang menjadikan kisah Allahyarham Nurly Shahirah sebagai inspirasi dalam menghafal al-Quran.

PETALING JAYA – Semua pelajar Imtiaz diwajibkan memiliki sebuah buku khas dikenali sebagai buku tahriri atau buku tulisan tangan seperti mana peninggalan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman, 23, yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak bersama 14 mangsa lain pada Isnin lalu.

Seorang pengguna TikTok memberitahu, buku tersebut dibekalkan kepada pelajar tingkatan satu semasa pendaftaran melalui inisiatif Yayasan Terengganu bagi membentuk disiplin penulisan, ketekunan dan pemikiran reflektif dalam kalangan pelajar Imtiaz.

Namun, apa yang lebih menyentuh hati ialah kisah Allahyarham Nurly Shahirah, bekas pelajar Imtiaz yang masih membaca dan merujuk buku ini walaupun telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Betul tu, buku ni wajib untuk pelajar Imtiaz, cuma menjadi hebat apabila buku ni masih dia (Allahyarhamah Nurly Shahirah) baca walau dah habis SPM,” kata @its me.

Kisah Allahyarham Nurly Shahirah telah memberi inspirasi kepada ramai, malah ada yang menyifatkan beliau sebagai ‘insan terpilih’ dan mendoakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga.

“Insan terpilih, syurga untuknya,” kata Sueyahismail.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Allahyarham yang merupakan seorang hafiz 30 juzuk al-Quran suka menulis satu al-Quran menggunakan tangan bagi menguatkan hafalannya.

Abangnya, Mohd. Najmuddin Azman, 28, turut memuat naik gambar koleksi tahriri (salinan tulisan tangan) yang ditulis sendiri oleh Allahyarham di akaun Facebook.

Najmuddin memberitahu adiknya meninggal di lokasi kejadian sambil memegang al-Quran di dada. – KOSMO! ONLINE

@nurulfatihahsulaini Naskah koleksi tahriri (salinan tulisan tangan) al-Quran ditulis sendiri arwah Nurly Shahirah #upsi #alquran #besut ♬ suara asli – Youtube : Guitar Intensive – Guitar Intensive

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI