fbpx

Silap langkah nak cepat kaya, trading punca putus tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Muntazar mengakui kegiatan trading punca dirinya berdepan masalah kewangan.

PETALING JAYA – Duit lebur dek terlibat kegiatan trading, pelakon Muntazar mengakui berdepan dengan masalah kewangan ketika dalam fasa bertunang dengan aktres, Saidah Kamaruddin sebelum ini.

Ujar Muntazar atau nama lengkapnya Muntazar Ghufran, 22, berkata, dia tersalah langkah kerana terlalu memikirkan cara untuk cepat kaya sehingga kehilangan segalanya.

“Ya memang betul saya hanya mempunyai RM500 sahaja sebelum kami bertunang, berpunca daripada ‘trading’.

“Melalui kegiatan tersebut saya mulai rasa hilang arah kerana duit yang saya ada mulai berkurangan disebabkan saya salah pilih jalan untuk cepat kaya,” katanya menerusi rakaman tangkap layar aplikasi TikTok miliknya.

Terdahulu, bekas tunangnya, Saidah Kamaruddin meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikToknya.

Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu, namun cinta mereka terkandas di tengah jalan pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI