fbpx

Penuh pelekat P mungkin banyak kali kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan sebuah kereta dipenuhi dengan pelekat ‘P’

PETALING JAYA – Gelagat pemilik sebuah kereta berjenis Honda City yang menampal pelekat ‘P’ hampir di seluruh bahagian kenderaannya.

Menerusi satu perkongsian oleh @Cakirin._, memaparkan kereta berwarna putih itu dilihat dipenuhi dengan pelekat ‘P’ di bahagian cermin belakang, sisi, bonet hadapan dan belakang, sehingga menarik perhatian orang ramai yang menyifatkannya sebagai unik dan melucukan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan kreatif dan luar biasa individu berkenaan.

“Kalau kereta belakang tidak reti sabar juga tidak tahu dah mahu cakap macam mana lagi,” kata @itszakirin.

“Kena saman juga sebab tidak letak pelekat ‘P’ dekat cermin belakang belah kiri,” kata @syaaaa.

“Mungkin dia pernah kena saman tidak lekat pelekat tersebut,” ujar @Matido.

Setakat ini, hantaran tersebut meraih lebih 680,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI