fbpx

‘Nak suruh jahit mulut jiran puaka kau pun boleh!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai perkhidmatan yang terdapat pada papan iklan sebuah bengkel jahitan yang terletak di Batu Caves.

PETALING JAYA – “Kalau kena bayarannya, nak suruh jahit mulut jiran puaka kau pun boleh!”

Itu antara promosi sebuah bengkel jahitan yang terletak di Batu Caves, Sungai Kertas sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Senarai servis lain yang ditulis juga tidak kurang ‘ganasnya’ seperti ‘jahit baju Melayu laki kau’, ‘jahit baju kurung bini kau’, ‘jahit baju kebaya madu kau’, ‘jahit jubah nenek@atuk kau’, dan ‘jahit kurta laki baru mak kau’.

Walaupun kata-kata yang digunakan pada papan iklan di bengkel berkenaan agak keras, namun taktik berkenaan dilihat menjadi apabila netizen mula bertanyakan lokasi premis tersebut kepada pemilik hantaran berkenaan di media sosial, @fn.jasni.

“Kedai dekat mana?,” soal @piqahzz8.

“Pemilik kedai ni memahami jiwa-jiwa yang baran,” kata @narcissearmendariz.

“Diva AA punya aura ni,” kata netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI