fbpx

Murid suruh guru kacak kahwin guna duit kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pelajar menyuruh guru itu berkahwin menggunakan duit kelas. - TikTok

JAKARTA – Sekumpulan murid di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila menyuruh seorang guru kacak berkahwin menggunakan duit ‘kelas’ mereka yang dikumpul secara bersama, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @gitakapriyakusuma menunjukkan beberapa orang murid sedang duduk di pekarangan sekolah sambil minum air selepas penat bersukan. 

Mereka kemudian bertanya kepada seorang guru lelaki mengenai sama ada dia sudah berkahwin atau belum. 

“Belum. Saya masih menabung,” kata guru tersebut di dalam klip video berkenaan. 

Selepas mendengar jawapan itu, seorang pelajar menyarankan guru terbabit untuk memakai wang kelas mereka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mereka bukan sahaja bertanya, tetapi bagi solusi terbaik untuk masalahnya,” kata seorang netizen. 

“Singkat, padat dan mudah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI