fbpx

Kini era baharu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOAO Figueiredo (kanan) berjaya menampilkan aksi memukau dengan satu jaringan dalam debut bersama Harimau Malaya. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KEJAYAAN Harimau Malaya menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0 memberi ‘anjakan paradigma’ baharu dalam arena bola sepak kebangsaan.

Untuk rekod, dalam tempoh enam tahun terakhir, skuad negara telah mencipta beberapa fasa kegemilangan yang tersendiri ketika dibimbing oleh Tan Cheng Hoe dan Kim Pan-gon.

Sebagai contoh, skuad negara berjaya menewaskan Indonesia dua kali pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada 2019 selain turut mengecewakan Thailand pada tahun yang sama.

Ketika era Pan-gon, tahap Harimau Malaya semakin meningkat dengan menewaskan negara ranking lebih tinggi seperti India 4-2 dan Kyrgyzstan 4-3 pada 2023.

Kemuncak prestasi skuad negara sudah pasti sewaktu mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3 pada aksi kumpulan Piala Asia 2023 di Qatar tahun lalu.

Bekas kapten skuad kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar menyifatkan impak Harimau Malaya kali ini sungguh berbeza sekali gus menandakan era baharu skuad negara.

“Kita dah lalui zaman gemilang (ketika era Cheng Hoe dan Pan-gon) dengan sejarah yang kita dapat ukir ketika itu. Berbeza kali ini, kita hadirkan pemain-pemain baharu yang tiba kurang dua minggu untuk bersama pasukan.

“Namun, mereka adalah pemain warisan kita yang cukup teruja untuk menyarung jersi negara dan impak mereka jelas kelihatan.

“Kita pun tak sangka boleh menang 4-0 dengan semangat luar biasa ditunjukkan di atas padang,” katanya.

Harimau Malaya kini berada di landasan terbaik untuk layak ke Piala Asia 2027 selepas mendahului Kumpulan F dengan enam mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI