fbpx

‘Kerja gila’ Holgado belum cukup bantu America de Cali menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Holgado tetap profesional membantu America de Cali hanya tiga hari mewakili skuad kebangsaan, Selasa lepas. - Foto ihsan America de Cali

PENYERANG berdarah kacukan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado mempamerkan semangat juang tinggi apabila mewakili kelabnya, America de Cali meskipun masih lagi kepenatan selepas bersama skuad kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas.

Pada aksi Liga Premier A Colombia menentang Deportes Tolima sebentar tadi, Holgado telah diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-46 untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Luis Ramos.

Namun, Holgado gagal memberikan impak yang diharapkan apabila pasukan Jorge da Silva tewas 1-3 pada aksi di laman sendiri.

Gol-gol dijaringkan oleh pasukan pelawat hadir menerusi penyudah Adrian Parra Osorio (dua gol) dan jaringan sendiri Daniel Bocanegra manakala skuad El Rojo mendapat gol saguhati hasil rembatan Duvan Vergara.

Sebagai rekod, Holgado yang telah rasmi menukar kerakyatan dari Argentina ke Malaysia pada minggu lalu mempamerkan aksi bertenaga untuk membantu pasukan Harimau Malaya menang 4-0 ke atas Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Pemain berusia 30 tahun itu cukup kental di atas padang walaupun mengalami pendarahan di kepala sebelum menjaringkan satu gol pada aksi debutnya bersama skuad kebangsaan.

Holgado dilihat terus pulang ke Colombia pada awal pagi Rabu sebelum tiba di bandaraya Cali selepas mengharungi perjalanan lebih 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI