fbpx

Individu narsisistik pendendam, pandai manipulasi dan mudah naik pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Orang narsisistik ni cepat naik pangkat sebab dia pandai manipulasi dan mempergunakan orang lain. Orang lain buat kerja, dia yang tonjolkan bahawa seolah-olah dia yang buat kerja.”

Itu antara perkongsian Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, mengenai individu narsistik.

Katanya, golongan berkenaan juga pendendam dan sangat pandai ‘play victim’ (pura-pura menjadi mangsa keadaan).

“Dia senang ambil faedah daripada orang lain. Tapi kalau benda tu salah, rosak dia akan salahkan orang lain. Dia pandai bercakap, manipulatif dan sangat pandai ‘play victim’.

“Jangan bertelagah dengan dia berlebihan, burukkan, (sebab) dia pendendam, nanti macam-macam dia cari jalan untuk jatuhkan awak. Dia tak suka orang lebih daripada dia. Kalau dalam mesyuarat awak cakap berlebihan pun dia marah sebab tak suka, suruh diam,” katanya di media sosial.

Walaupun golongan narsisistik boleh berjaya dalam perniagaan kerana bijak memanipulasi katanya, kesan buruk akan dirasai oleh orang di sekeliling.

“Orang narsisistik boleh berjaya dalam perniagaan sebab dia pandai manipulasi, boleh jadi bos yang cepat naik pangkat, tapi kesannya kepada orang sekeliling.

“Orang dikelilingnya mudah dapat masalah kesihatan mental, depresi, dan anxiety. Kasihan orang lain sebab tu sayangi diri, jaga diri dan jangan jadi mangsa keadaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI