fbpx
Tangkap layar menunjukkan makanan seorang gadis dimasuki abu rokok yang dihembus oleh seorang lelaki.

[VIDEO] Hilang selera makanan masuk abu rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang gadis meluahkan rasa kecewa dan hilang selera makan apabila abu rokok daripada seorang lelaki yang berjalan di tepinya masuk ke dalam makanannya.

Video yang dikongsikan oleh @Wawameow itu memaparkan kejadian berlaku ketika gadis berkenaan baru hendak menikmati makanan, namun abu rokok daripada lelaki terbabit ‘berterbangan’ masuk ke dalam pinggannya.

Apa yang lebih mengecewakan, lelaki tersebut dilaporkan tidak menyedari kesilapannya menyebabkan gadis itu hilang selera makan serta berasa terganggu dengan kejadian berkenaan.

“Bayangkan tengah excited (teruja) nak makan, tiba-tiba abu rokok orang yang lalu masuk dalam nasi kau,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang merokok di premis makanan yang jelas kawasan larangan merokok.

“Orang paling tidak bertanggungjawab adalah orang yang hisap rokok dekat public (tempat awam), memang menyusahkan orang,” ujar Yuki73.

“Makanan masuk abu rokok sumpah unforgivable (tidak dapat dimaafkan) sebab tak peka dengan keadaan sekeliling,” kata Jie.

“Kemain tiada common sense (akal fikiran) nya lelaki itu, boleh sahaja kalau nak merokok itu pergi tempat jauh sikit. Kesian adik ini,” komen Bryan.

Dalam pada itu, ramai juga turut meluahkan simpati terhadap gadis tersebut dan berkongsi rasa marah serta kecewa atas perkara yang berlaku.

“Ya allah… stressnya (tertekan) sudahlah tengah lapar, makanan pun tak sentuh lagi itu. Kalau saya boleh menangis dekat situ,” luah Miss Cahaya.

“Weh sakitnya hati, tengah sedap teruja nak makan pulak itu,” kata Aya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI