fbpx

Revolusi Harimau Malaya dapat A+

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIGUEIREDO melepasi pemain Vietnam dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam kelmarin. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Revolusi sedang dilakukan dalam skuad bola sepak kebangsaan sememangnya mula membuahkan hasil menerusi kejayaan membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 malam kelmarin.

Kehadiran lima warisan negara bertaraf ‘gred A’ ternyata meningkatkan mutu permainan Harimau Malaya ke satu tahap lebih tinggi berdasarkan keseluruhan prestasi sepanjang tempoh 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu.

Bukan setakat menang tetapi berpesta gol dengan meruntuhkan ego Vietnam selaku juara Asia Tenggara sekali gus menjadi kemenangan terbesar Harimau Malaya ke atas lawan tersebut dalam sejarah pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak Piala Tiger 2002.

Bintang warisan, Joao Figueiredo yang meledak satu gol kelmarin tidak mahu hanya mencipta sensasi dalam satu perlawanan dan nekad untuk menghadirkan impak lebih besar bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2027.

“Sokongan cukup hebat dan kami berjuang buat penyokong yang sudah berikan motivasi kepada kami. Tetapi sasaran kami lebih besar daripada semua ini,” kata penyerang Istanbul Basaksehir tu.

Aksi ditampilkan seorang lagi penyerang warisan, Rodrigo Holgado yang turut meledak satu gol, membuatkan jentera serangan Harimau Malaya cukup berbahaya.

Gandingan duo pertahanan tengah berpangkalan di Eropah, Facundo Garces yang mewakili Alaves di Sepanyol dan Jon Irazabal (Sabah FK di Azerbaijan) sememangnya menyukarkan pasukan lawan untuk merobohkan benteng skuad Harimau Malaya.

Kelincahan dipamerkan Imanol Machuca juga memperlihatkan sesuatu biarpun hanya dimasukkan pada lewat separuh masa kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI