NEW DELHI – Sebuah pesawat Air India membawa 53 rakyat Britain apabila terhempas di sebuah hostel doktor dekat bandar Ahmedabad, lapor akhbar The Sun.
Pesawat jenis Boeing 787 Dreamliner itu membawa sekurang-kurangnya 242 orang semasa kejadian termasuk 230 penumpang dan 12 kru.
Antara penumpang yang menaiki penerbangan itu termasuk 169 warga tempatan, seorang rakyat Kanada dan tujuh penumpang Portugal.
Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui di lokasi kejadian setakat petang tadi dengan berpuluh-puluh lagi mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan serta timbunan serpihan.
Boeing 787 itu terputus hubungan sejurus selepas berlepas, demikian menurut laman web pengesanan penerbangan, Flightradar.
Beberapa pegawai berkata, kapal terbang itu mencecah ketinggian cuma 190 meter sebelum terhempas. – AGENSI