fbpx

‘Islam tidak benar kita hakimi syurga atau neraka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan hantaran oleh Dr. Rozaimi Ramle mengenai isu seorang guru yang mencela 15 orang mangsa nahas UPSI.

PETALING JAYA – Hantaran dibuat seorang guru lelaki di platform Facebook berhubung nahas yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Dr. Rozaimi Ramle.

Menerusi perkongsian di Facebook, Rozaimi mencadangkan supaya siasatan dan tindakan segera harus diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ke atas guru tersebut.

“Walau apapun, KPM harus ambil tindakan segera untuk siasat keadaan beliau dan ambil tindakan sewajarnya kerana tulisannya tidak mencerminkan akhlak seorang guru,” katanya.

Menurut beliau, Islam tidak membenarkan seorang Muslim menghakimi kedudukan orang yang meninggal sama ada akan ke syurga atau neraka.

“Ahlussunnah wal Jamaah tidak membenarkan kita memutuskan seseorang Muslim yang meninggal dunia sebagai ahli syurga atau ahli neraka tanpa dalil spesifik yang menyatakan demikian,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung perkongsian tersebut.

“Rasanya PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dilindungi takaful,” kata @Siti Nazirah Binti Shasuddin.

“Bukan manusia (untuk) tentukan syurga atau neraka,” balas @Insp Ira Tion.

“Dia baru tahu satu hadis, sudah pandai mencipta hukum,” kata @Zakaria Ibrahim – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI