fbpx

Dinding kedai runtuh, 6 kereta rosak akibat letupan karbaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan gerai buah dan kereta yang terkesan akibat letupan tersebut.

KLANG – Dinding sebuah pejabat kedai buah runtuh selepas berlaku letupan dipercayai akibat serbuk karbaid dalam kejadian di Jalan Gudang Nenas Bandar Baru Klang, hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan enam buah kereta yang sedang parkir di tepi masjid berhampiran turut terkesan.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.21 petang.

Katanya, bomba yang tiba enam minit kemudian mendapati letupan berlaku di bahagian belakang sebuah kedai buah-buahan.

“Impak daripada letupan telah berlaku runtuhan pada struktur dinding pejabat kedai buah yang dan enam buah kereta diparkir tepi masjid turut terkesan.

“Siasatan awal mendapati punca letupan disebabkan karbaid untuk mempercepatkan buah masak,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI