fbpx
Tangkap layar kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki tempatan dan warga asing di sebuah kedai serbaneka di Petaling Jaya.

‘Perang mulut’ di kaunter punca dua lelaki bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perselisihan faham ketika ingin membuat pembayaran punca dua lelaki bergaduh di sebuah kedai serbaneka yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkafa, pihaknya mengesan sebuah video tular memaparkan kejadian pergaduhan terbabit.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, manakala suspek merupakan lelaki warga asing dan masing-masing telah membuat laporan polis berkaitan kejadian pada Ahad lalu.

“Hasil siasatan lanjut, polis telah mendapatkan keterangan kedua-dua individu terlibat.

“Kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara kedua-dua pihak semasa proses pembayaran di kaunter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN