fbpx

Rusuhan ganas ‘berjangkit’ ke Ireland Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta terbakar dalam rusuhan di Ballymena kelmarin. - AFP

BELFAST, IRELAND UTARA – Beberapa kenderaan polis dilempar dengan batu bata, botol dan bom petrol di Ballymena, Ireland Utara pada hari kedua rusuhan yang dicetuskan oleh satu kes serangan seksual, lapor akhbar The Sun semalam.

Sebahagian perusuh membakar timbunan perabot di sebelah kedai dengan api berwarna oren terang dan asap hitam tebal menjulang ke udara ketika polis menggunakan meriam air untuk meleraikan perusuh.

Lebih 20 das tembakan peluru khas untuk mencegah rusuhan dilepaskan oleh polis dalam kejadian itu, menyebabkan dua buah kereta terbakar.

Basikal kanak-kanak dilemparkan ke arah arah orang ramai, manakala kira-kira 300 orang berkumpul di pekan Co Antrim kurang 24 jam selepas rusuhan tercetus pada malam semalam.

Penghadang-penghadang turut dipasang di beberapa jalan selepas rumah-rumah rosak semasa rusuhan yang dilabel polis sebagai ‘samseng perkauman’.

Keganasan tercetus kelmarin selepas dua remaja lelaki berusia 14 tahun berketurunan Romania hadir di Mahkamah Majistret Coleraine atas tuduhan melakukan cubaan merogol. 

Beberapa jam selepas sesi perbicaraan, sejumlah kebakaran tercetus di jalan-jalan, manakala bom petrol dilempar ke arah polis ketika perhimpunan sokongan kepada keluarga mangsa yang pada awalnya aman, bertukar ganas.

Polis berkata, mereka kini memantau keadaan di seluruh Ireland Utara.

Tambahnya, 15 pegawai cedera, empat rumah dibakar dan enam hartanah rosak secara keseluruhan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI