JAKARTA – Seorang pegawai kerajaan di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana melakukan siaran langsung di platform TikTok sambil bermain permainan video ketika bertugas, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku di Pejabat Sekretariat Daerah Balangan dalam wilayah Kalimantan Selatan.
Rakaman video dimuat naik di laman X oleh akaun @Heraloebss menunjukkan pegawai lelaki yang mengenakan uniform kakitangan kerajaan itu sedang membuat siaran langsung sambil duduk di hadapan komputer.
Meskipun ditegur oleh penonton, dia hanya santai bermain permainan video pada waktu bekerja.
Rakaman itu mencatatkan lebih 46,000 tontonan dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
“Orang seperti ini diterima bekerja, banyak lagi penganggur yang mahu bekerja,” kata seorang netizen.
“Manusia tidak bersyukur. Kerja santai tapi makan gaji besar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI