fbpx
FIGUEIRIDO (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Vietnam semalam.

Misi pasukan lebih penting daripada jaringan saya – Figueiredo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bintang warisan baharu negara, Joao Figueiredo tidak mahu hanya mencipta sensasi dalam satu perlawanan dan nekad untuk menghadirkan impak lebih besar buat Harimau Malaya bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2027.

Walaupun meraih debut sempurna dengan menyumbangkan gol pembukaan perlawanan ketika benam Vietnam 4-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, Figueiredo belum puas untuk menghadirkan keceriaan buat Pemain Ke-12 Harimau Malaya.

“Saya gembira kerana saya mengimpikannya namun paling penting adalah pasukan raih kemenangan, bukannya tentang jaringan saya. Prestasi kami sepasukan cukup baik namun masih ada yang kami boleh baiki.

“Saya gembira dan berasa bangga untuk berada di sini. Jadi saya harap kami mampu tingkatkan lagi prestasi dalam setiap perlawanan,” katanya.

Dalam masa sama, Figueiredo akui begitu teruja dengan penerimaan peminat dan ia terbukti selepas menyaksikan puluhan ribu peminat di stadium.

Walaupun menang 4-0, Figueiredo beri ingatan kemenangan ini tidak beri makna besar kerana segalanya hanya berkisar kepada satu perlawanan sedangkan misi pasukan nyata jauh lebih besar.

“Apabila kami dapat mengawal permainan, saya fikir ia menjadi kunci utama kepada kemenangan ini. Apabila kami memiliki peluang terbaik, kami kena sempurnakannya.

“Sokongan cukup hebat dan kami berjuang buat penyokong yang sudah berikan motivasi kepada kami. Tetapi target kami lebih besar daripada semua ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI