fbpx

MB Selangor hafal lagu Inteam, harap dapat tiket percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Amirudin hafal lagu Inteam di akaun Threads miliknya.

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencuri perhatian ramai dengan klip video beliau yang tular menyanyikan sebuah lagu oleh kumpulan nasyid terkenal, Inteam.

Menerusi hantarannya di Threads, beliau meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membeli tiket Konsert Kasih Kekasih oleh kumpulan nasyid yang dianggotai empat jejaka iaitu Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman itu.

Bagaimanapun, Amirudin mencuba nasibnya dengan menyanyikan lagu berjudul Setanggi Syurga oleh kumpulan nasyid tersebut dengan harapan diberi lebihan tiket.

“Saya hafal tahu lagu Inteam. Harap Inteam sudi berikan saya dua tiket untuk saya bersama isteri menonton konsert mereka,” katanya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan nyanyian beliau.

“Terhibur saya dengar MB nyanyi, yang ‘pitching’ tu kelaut,” kata @coldheart152022.

“Tak adil macam ni. Mestilah dapat tiket nanti. Harap MB teruskan dalam arena politik, tolong jangan jadi penyanyi,” kata @taufiq_rosli.

“Selangor diramalkan hujan lebat petang ini,” ujar @rahamahbaba. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI