fbpx

Harimau Malaya ada 11 kapten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Joao Figueiredo (dua dari kiri) memberikan impak besar kepada prestasi Harimau Malaya dan turut mendapat pujian daripada penyokong tempatan. - IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Karakter setiap pemain dalam dan luar padang menjadi tunjang utama kepada kemenangan 4-0 Harimau Malaya ke atas Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pengendali negara, Peter Cklamovski tidak mahu kredit diberikan kepada pemain tertentu kerana kejayaan kali ini hadir hasil daripada komitmen yang ditunjukkan seluruh pasukan sejak fasa pertama kem latihan pusat, pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun Cklamovski menjelaskan jaringan pertama menjadi titik penting kepada kemenangan kali ini dan ia disifatkan sebagai ‘senjata’ untuk merosakkan tempo pasukan lawan.

“Kami tidak bergantung kepada seorang pemain tetapi 11 pemain dalam padang malah pemain gantian juga melakukan tugas mereka dengan baik. Kami memiliki 11 kapten dalam padang dan semua 30 pemain bekerja keras untuk jadi ketua.

“Mentaliti itu akan terus berkembang dimana masih banyak kerja yang perlu dilakukan selepas ini. Pada masa rehat, kami menunjukkan video dimana ruang yang boleh kami lakukan serangan dengan lebih berkualiti.

“Kami katakan jika kami mampu dapatkan satu gol, jaringan kedua, ketiga akan hadir dan akhirnya kami memperoleh empat gol. Saya bangga dengan usaha pemain sepanjang perlawanan,” katanya.

Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin-Ong dan Dion Cools masing-masig menyumbangkan satu gol sekaligus menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam dimana kali terakhir skuad negara melakukannya pada 2014.

“Tanpa ragu-ragu kami boleh ada impian (layak ke Piala Asia) tetapi kami tidak boleh hanya memikirkan tentang perkara itu sebaliknya perlu diterjemahkan dengan tindakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI