fbpx

Kemenangan Harimau Malaya sangat jarang berlaku, padu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemenangan 4-0 Harimau Malaya ke atas Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto oleh IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – “Benda yang sangat jarang berlaku. Ini 100 pasukan teratas, tetapi kita berjaya mengalahkan mereka.”

Itu antara reaksi teruja penyokong Harimau Malaya selepas pasukan itu berjaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Malah, ada yang menyifatkan pasukan kebangsaan itu langsung tidak ‘beri muka’ kepada pihak lawan.

“Betul tak bagi peluang langsung dekat Vietnam,” kata @kerraahhh berserta tanda pagar #HarimauMalaya.

“Ini dah kategori ‘meratah’. Bukan senang nak bedal Vietnam empat biji (gol),” kata penyokong lain.

“Padu, terbaiklah Malaysia. Tak sia-sia duduk tunggu second half (separuh masa kedua),” ujar seorang lagi netizen.

Harimau Malaya berjaya menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam yang mana kali terakhir skuad negara berbuat demikian pada 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI