PETALING JAYA – Seorang wanita tampil menderma darah bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Amira7sa, wanita tersebut berkongsi rakaman dirinya sedang menderma darah jenis O demi membantu mangsa yang memerlukan.
“Hadir sebagai penderma untuk tampung pesakit yang terlibat dalam kemalangan bas UPSI,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni wanita itu dan turut menyatakan rasa simpati terhadap mangsa insiden tersebut.
“Nak derma jugak tapi kita ni darah rendah,” kata Syaa.
“Sedih sangat-sangat sebab mereka betul-betul perlukan darah sekarang,” komen Ieraa.
“Semoga kebaikan kamu menjadi salah satu asbab kamu masuk salah satu pintu syurga nanti,” ujar Iqie. – KOSMO! ONLINE
@amira7sa Setiap amal kebaikan yg kita lakukan hari ini adalah bekalan berharga menuju syurga abadi 🤍 #dermadarah #kemalanganupsi #upsiberduka ♬ original sound – Amira 🦋