fbpx

TMJ, Singapura capai persetujuan tukar tanah di Holland Road

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU MAHKOTA ISMAIL.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Republik Singapura capai persetujuan untuk melaksanakan pertukaran tanah milik baginda di Holland Road, Singapura.

Pihak Berkuasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam kenyataan bersama memaklumkan, Tunku Mahkota Ismail akan memindahkan 13 hektar tanah milik baginda di kawasan berhampiran Tapak Warisan Dunia Unesco Taman Botani Singapura kepada republik itu.

“Sebagai pertukaran, Republik Singapura akan memindahkan 8.5 hektar tanah milik negara kepada Tunku Mahkota Ismail. Tanah yang akan ditukar ganti adalah bernilai setara,” menurut kenyataan itu.

Tunku Mahkota Ismail kini memiliki 21.1 hektar tanah tanah di Holland Road yang telah berada di bawah pemilikan peribadi Keluarga Diraja Johor selama beberapa generasi.

SLA dan URA dalam kenyataan sama menyatakan, Pemangku Sultan Johor itu merancang untuk membangunkan tanah milik baginda.

“Pemangku Sultan Johor boleh membangunkan tanah milik baginda selepas pertukaran itu, yang sesuai untuk pembangunan kediaman bertingkat rendah dan berkapasiti rendah,” jelas kenyataan itu.

SLA dan URA menambah, bahawa sebarang pelan pembangunan akan tertakluk kepada proses sewajarnya.

“URA dan agensi berkaitan akan menilai sebarang permohonan pembangunan dan memastikan pembangunan yang dicadangkan selaras dengan konteks persekitarannya,” tambahnya.

Dalam kenyataan tersebut, kajian alam sekitar akan dijalankan bagi mengurangkan sebarang kesan terhadap alam sekitar sebelum sebarang kerja dimulakan.

Republik Singapura akan mengekalkan tanah yang diterima daripada pertukaran itu tanpa pembangunan buat masa ini, namun terbuka kepada perancangan masa depan untuk kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI