fbpx

Nahas UPSI: 10 pelajar masih dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang terlibat kejadian kemalangan maut di JRTB dekat Tasik Banding di Gerik semalam. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Hanya 10 daripada 27 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tercedera dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik semalam, masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, daripada jumlah itu, lapan pelajar kini berada di Hospital Taiping manakala dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Pelajar lain yang turut cedera dalam kejadian itu hanya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Gerik dan mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam kenyataannya berkata, seramai 18 mangsa termasuk pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza telah dibenarkan pulang sejak semalam.

Katanya, 15 lagi mangsa yang terdiri daripada 10 pelajar, dua pemandu bas dan tiga ahli keluarga pemandu MPV masih dirawat di hospital.

“Seramai 10 mangsa dirawat di Hospital Taiping manakala dua lagi di HRPB selain tiga orang di Hospital Baling, Kedah. Kebanyakan mangsa mengalami pelbagai kecederaan dan tiada mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi, setakat ini,” katanya.

Tambah kenyataan itu, JKN Perak bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak telah mengaktifkan bilik gerakan bagi menyelaras respons insiden.

“Sebanyak sembilan pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial melibatkan 40 anggota dari peringkat negeri dan daerah telah digerakkan untuk memberi sokongan psikososial kepada mangsa dan keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI