fbpx

MCMC digesa siasat ‘group’ kongsi gambar tidak senonoh budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kumpulan Facebook tersebut.

PETALING JAYA – Bekas guru, Mohd Fadli Salleh menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau kewujudan kumpulan Facebook yang mengandungi bahan tidak senonoh melibatkan kanak-kanak.

Mohd Fadli dalam hantaran di Facebooknya berkata, pentadbir kumpulan tersebut wajar ditangkap dan didakwa kerana memuat naik kandungan tersebut.

Beliau berkata, kumpulan tersebut didapati mempunyai kira-kira 12,000 ahli dan lambakan komen-komen yang melampau.

“SKMM pantaulah grup pedo ni. Cari siapa admin, tangkap dan dakwa,” katanya.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati, kumpulan tersebut terbuka kepada semua pengguna Facebook dan sesiapa sahaja boleh memuatnaik hantaran.

Antara kandungan di dalam kumpulan tersebut ialah gambar-gambar kanak-kanak perempuan dengan kapsyen berbaur lucah.

Kumpulan tersebut juga didapati telah dicipta sejak 15 Mei 2014 lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI