fbpx

‘Kalau tak suka konten susu ibu, cari topik lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najuwa menyarankan kaum ibu agar tidak tunduk kecaman sebaliknya terus menyebarkan konten bermanfaat tentang susu ibu.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa meminta golongan ibu tidak berhenti memuat naik konten berkaitan penyusuan dan susu ibu dalam media sosial.

Menurut Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, perkongsian sebegitu adalah sangat membantu terutama dalam kalangan golongan wanita yang baru bergelar ibu.

“Ibu-ibu! Kongsi sahaja perjalanan dan cerita anda, sebarkan kesedaran. Tidak salah pun memuatnaik tentang penyusuan atau susu ibu.

“Sebagai yang baru bergelar ibu, saya belajar banyak perkara dengan melihat pelbagai perkongsian dalam media sosial, sangat mudah.

“Kalau sesiapa tidak suka, mudah, berhenti mengikuti dan teruskan cari topik lain,” katanya dalam aplikasi Thread.

Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara itu mengakui kecewa melihat segelintir individu mudah melemparkan kecaman terhadap wanita yang berkongsi perihal penyusuan dalam media sosial.

“Biarkan semua ibu di luar sana gembira dan berkongsi apa sahaja mereka inginkan tanpa dihakimi oleh mana-mana pihak.

“Secara jujur, sangat sedih melihat kaum wanita sendiri yang melemparkan kecaman dan menghukum,” ujarnya.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih sokongan netizen yang sependapat dengan Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI