fbpx

‘Kalau Jawa, kira Melayu juga ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY Shima menarik perhatian ramai dan dilihat seperti cuba membuat provokasi versi berbeza berbanding kenyataan bukan Melayu daripada Ameera Khan.

PETALING JAYA – Mungkin berseloroh atau sengaja memanaskan keadaan, tindakan penyanyi Baby Shima mengajukan persoalan mengenai definisi bangsa Melayu kembali perdebatan dalam kalangan netizen yang masih belum ‘move on’ daripada isu bukan Melayu Ameera Khan sebelum ini.

Menerusi satu hantaran dalam Threads, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 32, mempersoalkan sama ada keturunan Jawa dikira sebahagian daripada bangsa Melayu.

“Darah Arab dan Pakistan memang bukan orang Melayu. Tapi kalau Jawa, kira Melayu juga ke?” tulisnya

Pertanyaan pelantun Bujang Sarawak itu segera dikaitkan semula dengan kontroversi Ameera Khan yang mendakwa dirinya bukan berbangsa Melayu kerana berdarah Arab dan Pakistan, meskipun lahir serta dibesarkan di Malaysia.

“Dia konsep Melayu Malaysia ini senang saja nak faham. Melayu itu bangsa bersuku-suku dengan pelbagai loghat, disatukan bawah Islam. Konsep Melayu di Indonesia berbeza. Macam bangsa Cina di China juga, pelbagai loghat tapi disatukan bawah satu republik,” ujar netizen.

“Putih, hitam, biru, merah ke, kita tetap orang Malaysia. Jawa, Bugis, Banjar, Punjabi ke, kalau lahir di Malaysia tetap warganegara. Tak payah bak berlagak sangat macam Ameera Khan” kata netizen.

“Definisi Melayu, satu, berbahasa Melayu. Dua, beragama Islam. Tiga, mengamalkan adat istiadat Melayu. Tak kira apa pun sub-etnik, itu sudah dikira Melayu,” jelas seorang pengguna media sosial.

Terdahulu adik kepada selebriti popular Neelofa mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila menyatakan dirinya bukan berbangsa Melayu.

Namun dia mengakui lebih selesa mengaku Melayu kerana enggan menjelaskan darah campurannya kepada orang ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI