fbpx

Himpunan 1,751 kenderaan Perodua pelbagai model di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (kiri) mencemar duli melihat sebuah kereta Perodua yang dimodifikasi untuk kegunaan OKU di Pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar baru-baru ini.

PETALING JAYA – Himpunan Perlis Perodua Day dan Autoshow 2025 yang berlangsung di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar akhir bulan Mei lalu telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,751 kenderaan Perodua pelbagai model dari seluruh negara.

Program selama tiga hari itu telah mencatat sejarah terbesar di negeri Perlis yang berjaya menarik ramai peminat ken­deraan sekali gus menjadi satu tarikan pelancongan bernilai buat negeri tersebut.

Aktiviti berkenaan telah diadakan bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun sempena pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Ia telah dianjurkan oleh Yayasan Amal Tengku Hajjah Budriah Perlis dan Collectible Museum dengan kerjasama Persatuan Ragbi Negeri Perlis.

Pengerusi Pelaksana Projek anjuran Yayasan Amal dan juga Penaung Persatuan Ragbi Negeri Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Tuanku Syed Putra Jamalul­lail berkata, himpunan pelbagai model Perodua itu telah menjadi faktor yang menarik untuk menggalakkan lebih ramai pengunjung ke majlis tersebut.

“Ia akan menjadi satu faktor pencetus dan penarik dalam program seumpamanya pada masa depan,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Keseluruhan program tiga hari itu telah dikelolakan oleh Kelab Kancil VS Mira yang mana ia adalah adalah acara julung kali yang melibatkan penganjuran beberapa aktiviti seperti Perlis Royal 7, Himpunan Perlis Perodua Day 2025 dan Cerita Foodfest 2025.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berangkat mencemar duli ke lokasi program tersebut.

Baginda telah meluangkan masa meninjau pelbagai jenis kereta Perodua termasuk sebuah kereta yang telah dimodifikasi untuk kegunaan orang kelainan upaya (OKU). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI