fbpx

Nahas UPSI: Bas dinaiki disewa pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang membawa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. -Foto FADZIL ZAINOL / KOSMO!

PETALING JAYA – Bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak pagi tadi merupakan kenderaan sewaan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md. Taff berkata, ia merupakan inisiatif pelajar yang mahu pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

“Bas itu bukan bas milik UPSI. Ia adalah bas persiaran sewaan pelajar sendiri, insiatif mereka untuk pulang ke kampung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, jumlah pelajar yang menaiki kenderaan tersebut adalah 42, bukannya 44 orang.

Katanya, setakat ini senarai identiti mangsa yang meninggal dunia alam nahas tersebut belum dapat disahkan.

Jelasnya, kesemua ahli keluarga pelajar telah dihubungi oleh pihak UPSI untuk tindakan lanjut.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seramai 15 orang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Gerik pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan ke kampus UPSI di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana Banun menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan 48 mangsa itu pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, anggota APM yang tiba di lokasi pada pukul 2.11 pagi mendapati kemalangan melibatkan MPV Perodua Alza dan sebuah bas yang telah terbalik.

Anggota APM membawa beberapa mangsa yang cedera ke Hospital Gerik. Mereka mengalami kecederaan patah tangan, patah kaki dan cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI