fbpx

KPT serah bantuan segera RM2,000 kepada waris mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (kanan) menjawab pertanyaan media selepas hadir meninjau perkembangan kemalangan maut tersebut. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyalurkan bantuan segera sebanyak RM2,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik awal pagi tadi.

Selain itu, pihak universiti turut menyediakan bantuan khas RM1,000 kepada setiap waris mangsa termasuk mereka yang cedera dalam kemalangan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pelbagai bentuk bantuan lain juga sedang disalurkan, termasuk bantuan pengebumian, perlindungan insurans, zakat dan kemalangan.

“Bantuan penginapan juga disediakan kepada waris yang hadir ke hospital dan semuanya diuruskan sepenuhnya oleh UPSI,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat jenazah 13 mangsa yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

Sementara itu, Zambry berkata, pihak KPT akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu termasuk prosedur keselamatan dan garis panduan penyewaan bas oleh pelajar.

“Masih terlalu awal untuk mengulas mengenai SOP atau menyalahkan mana-mana pihak. Kita serahkan kepada agensi berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI