fbpx

Jatuh pangsapuri: Keterangan forensik dirakam Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis akan mengambil keterangan pakar forensik berhubung kes kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang maut selepas terjatuh tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan pakar forensik berhubung kes kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang maut selepas terjatuh tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, proses merakam keterangan itu dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

“Setakat ini empat individu telah dirakam keterangan dan siasatan masih dijalankan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, polis sudah merakam keterangan bapa mangsa kira-kira pukul 9 malam, kelmarin.

Ibu mangsa serta adik perempuannya turut ditahan reman selama sehari hingga 6 Jun lalu untuk membantu siasatan.

Terdahulu, polis menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada pukul 11.17 pagi berhubung kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah unit kediaman di tingkat 30 pangsapuri berkenaan.

Mayat mangsa ditemukan di bahagian bawah bangunan dalam keadaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI