fbpx

Jangan kecewa anak tak dapat matrikulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi antara pilihan bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini, keputusan permohonan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) telah dikeluarkan melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Kolej Matrikulasi merupakan antara ‘laluan’ yang paling diimpikan lepasan SPM, terutama dalam mengejar impian mereka ke universiti termasuk ke luar negara.

Susulan itu, ramai yang berkongsi kegembiraan atas kejayaan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian itu.

Namun, tidak semua lepasan SPM berjaya mendapat tempat di matrikulasi sehingga timbul rasa kecewa dan hilang semangat.

Persoalannya, adakah matrikulasi satu-satunya ruang untuk seseorang pelajar itu ke menara gading?

Sebagai ibu bapa, di sinilah peranan kita untuk menjadi pembakar semangat kepada anak-anak.

Tidak berpeluang ke matrikulasi bukanlah satu penamat, sebaliknya banyak lagi peluang di tempat lain yang mungkin lebih baik buat anak-anak kita.

Antara pilihan yang ada termasuklah menerusi Program Asasi di universiti-universiti tempatan, selain diploma di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

Bagi yang meminati bidang kemahiran, Aliran Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah pilihan paling tepat selain meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kejayaan seseorang itu bukan semata-mata diukur daripada ‘institusi’ semata-mata, tetapi kebijaksanaan mereka merebut setiap peluang yang disediakan di depan mata.

ABDILLAH
Kluang, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI