fbpx

Guardiola mahu City kembali digeruni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA berharap Ait-Nouri dan Reijnders sempat didaftarkan menghadapi Piala Dunia Kelab bermula 15 Jun ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilihat benar-benar serius memburu gelaran Piala Dunia Kelab 2025 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat bermula 15 Jun ini.

Guardiola merasakan ia mampu menjadi pembakar semangat buat anak-anak buahnya kembali mencabar kejuaraan lain termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas menamatkan kempen kali ini tanpa trofi buat kali pertama di bawah kendaliannya sejak 2017.

Disebabkan itu, City begitu aktif dalam pasaran perpindahan dengan kini semakin hampir untuk menandatangani tiga pemain, Rayan Ait-Nouri (Wolverhampton Wanderers), Tijjani Reijnders (AC Milan) dan Rayan Cherki (Lyon).

“Biasanya saya tidak pernah berfikir untuk memenangi kejohanan pada permulaan kejohanan contohnya seperti EPL. Saya akan mengambil satu demi satu langkah dan kemudian barulah lihat bagaimana pengakhirannya.

“Kali ini berbeza (Piala Dunia Kelab), sudah tentu saya mahu memenanginya selepas apa yang berlaku sepanjang musim. Namun, saya akui ia tidak mudah kerana kami akan berdepan pasukan-pasukan hebat dari seluruh dunia,” kata Guardiola.

Difahamkan, Ait-Nouri akan melakukan ujian perubatan dengan City dalam masa terdekat selepas bersetuju untuk membayar £31 juta (RM177.25 juta) termasuk tambahan £5 juta (RM28.59 juta) kepada Wolves.

Kemudian giliran Reijnders melakukan perkara sama sekali gus melengkapkan urusan bernilai £59 juta (RM337.35 juta) bagi mengisi kekosongan bahagian tengah ditinggalkan Kevin De Bruyne.

City perlu melengkapkan segala urusan perpindahan mereka sebelum Rabu ini bagi membolehkan pemain-pemain baharu didaftarkan menghadapi Piala Dunia Kelab.

Sebagai rekod, City akan bersaing dalam Kumpulan G bersama wakil Maghribi, Wydad AC, Al-Ain (Emiriyah Arab Bersatu) dan Juventus (Itali). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI