fbpx

Budak 6 tahun nyaris disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan panahan petir yang melanda tidak jauh dari Penelope. - Storyful 

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun di negeri California berselisih ajal apabila petir menyambar sebatang pokok tidak jauh darinya, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku di California Selatan pada Selasa lalu. 

Rakaman kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan gadis dikenali sebagai Penelope itu sedang  berdiri di hadapan rumahnya. 

Situasi tenang bertukar cemas apabila petir menyambar beberapa batang pokok di halaman rumah jiran. 

Perakam video yang juga ibu gadis kecil itu, Tiffanie Bucker berkata, dia sedang merakam video menunjukkan keadaan cuaca kepada ibu dan suaminya. 

“Panahan petir itu berbeza daripada petir biasa yang hanya menerangi langit. Bunyi kuat membuatkan kami terkejut dan berlari,” kata Buckner. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI