fbpx

Bapa nekad tak bayar jamin anak ‘nakal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU PAHAT – Seorang bapa mahu memberi pengajaran berguna buat anaknya apabila tidak membayar wang jaminan RM1,500 yang dkenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan merogol kenalan wanitanya, awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 16 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Terdahulu, bapa tertuduh berusia dalam lingkungan 40-an menemani anak sulungnya sebelum beredar meninggalkan remaja itu tanpa membayar ikat jamin menyebabkan tertuduh terpaksa meringkuk dalam penjara.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa merogol kenalannya berusia 15 tahun di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 4 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.

Oleh itu dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat bapa tertuduh, remaja yang bekerja di kedai makan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika ibunya keluar bekerja.

Namun, pada hari kejadian, ibunya yang berusia 41 tahun pulang lebih awal dari biasa sebelum ternampak selipar wanita berada di luar rumahnya.

Wanitu itu kemudian mengetuk pintu beberapa kali sebelum remaja tesebut membuka pintu. Pemeriksaan dalam bilik tidur menemui seorang remaja perempuan di dalamnya.

Malah, siasatan awal polis mendapati tertuduh dan mangsa mengaku mereka sudah melakukan hubungan terlarang itu sebanyak 16 hingga 18 kali.

Mahkamah menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan fakta dan perintah serta laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI