fbpx

Sanggup beratur 2km demi durian percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk menikmati durian percuma dari dusun Sungai Ara, hari ini.

GEORGE TOWN – Hampir 1,000 peminat raja buah sanggup beratur sehingga 2 kilometer (km) semata-mata mahu menikmati durian Sungai Ara yang diberikan secara percuma di Taman Jajar Sungai Ara di sini, hari ini.

Mereka yang terdiri daripada anak muda hingga warga emas hadir seawal pukul 10 pagi dan menunggu sehingga pukul 12.30 tengah hari untuk menikmati pelbagai variasi durian menerusi Program Pesta Durian & Pertandingan Durian Bukit Sungai Ara.

Acara tahunan itu merupakan anjuran Pejabat Parlimen Bayan Baru.

Seorang warga emas yang mahu dikenali sebagai Tan, 69, berkata, dia sanggup memandu kereta dari Jelutong ke Sungai Ara kerana mahu merasai durian asli yang ditanam orang tempatan.

Katanya, dia menunggu setiap tahun untuk hadir ke program tersebut dan menganggap ia sebagai peluang terbaik untuk menikmati raja buah secara percuma.

“Saya tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pelbagai jenis durian yang diberikan secara percuma. Daripada jenis jenis kampung, kahwin sampai yang premium.

“Jika hendak beli durian kahwin atau premium sudah tentu harganya lebih RM30 sebiji. Di sini, saya boleh makan pelbagai durian yang sedia dihidangkan kepada pengunjung,” katanyanya ketika ditemui.

Seorang lagi penggemar durian, Ooi Gaik Kee, 56, memberitahu, dia datang bersama suaminya, Richard Yim, 60-an, dari Bayan Baru untuk merasai keistimewaan durian Sungai Ara.

“Ramai orang luar ingat Pulau Pinang hanya ada durian di Balik Pulau, tetapi di Sungai Ara juga ada banyak banyak dusun durian yang diusahakan penduduk asal.

“Saya dan suami sanggup menunggu lama dan beratur panjang untuk erasai durian Sungai Ara. Memang puas dapat makan pelbagai jenis durian termasuk musang king,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 1,800 kilogram raja buah dari Sungai Ara disediakan untuk orang ramai khususnya peminat durian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI