fbpx

Kerusi sewa ‘cemar’ pemandangan di Pantai Teluk Batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kerusi sewa yang disusun berhampiran kawasan pantai di Teluk Batik, Lumut hari ini.

LUMUT – Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Pantai Teluk Senangin dekat sini pada Khamis lalu tidak memberikan kesan terhadap pengusaha kerusi sewa di Pantai Teluk Batik di sini.

Ini kerana tinjauan Kosmo! di lokasi pelancongan tersebut hari ini mendapati, rata-rata pengusaha kerusi sewa masih meletakkannya secara bersusun di kawasan perniagaan masing-masing.

Seorang pengunjung dari Sungai Petani, Kedah dikenali sebagai Nurul Aisyah Isa, 41, berkata, mereka tidak menyangka keadaan itu berlaku di Pantai Teluk Batik walaupun MPM telah mengambil tindakan terhadap peniaga di Pantai Teluk Senangin.

“Saya ingat tindakan itu memberikan kesan kepada pengusaha-pengusaha ini tetapi nampak gayanya ia tidak menakutkan mereka.

“Keadaan sama seperti di Teluk Senangin apabila pengusaha-pengusaha ini menyusun kerusi untuk disewa pada harga RM3 itu di kawasan pantai walaupun mereka tidak dibenarkan berbuat demikian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Pelancong dari Sabak Bernam, Selangor iaitu Ahmad Razali Embong, 38, berkata, mereka sekeluarga tidak mahu duduk terlalu berhampiran dengan pantai kerana lebih gemar berlindung di bawah pokok di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, apabila kerusi-kerusi ini disusun berhampiran pantai, yang kami nampak terlebih dahulu ialah kerusi berkenaan.

“Kalau boleh kami nak menikmati pemandangan pantai tanpa adanya kerusi-kerusi sewa berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI