fbpx

Jenazah lima sekeluarga dikebumikan satu kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA sekeluarga yang maut dalam nahas di Jerantut, Pahang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan sebentar tadi.

PARIT – Lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Kilometer 7, Jalan Jerantut Feri-Maran, Pahang semalam, selamat dikebumikan dalam kubur.

Jenazah Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, dan suami, Mohamad Ikmal Ishak, 26, serta tiga adiknya iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani,17, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan pada pukul 1.45 pagi.

Terdahulu, jenazah mereka yang dibawa menaiki van dari Hospital Jerantut tiba di Masjid Jamek Bota Kanan pada pukul 12.30 tengah malam untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Proses pengebumian berjalan lancar dengan kehadiran lebih 300 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.40 tengah malam semalam, kereta Perodua Bezza yang dipandu Mohamad Ikmal dipercayai membuat pusingan U secara mengejut di simpang jalan sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Pelanggaran itu menyebabkan kesemua mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan dua penumpang dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard pula cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI