fbpx

6km sesak dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik sesak dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak

PETALING JAYA- Aliran trafik menuju ke ibu negara sesak sejauh 6 kilometer (km) dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak petang ini susulan pergerakan pulang perantau selepas cuti Aidiladha.

Menerusi gambar yang dikongsi Astro Radio Trafik di Facebook, ribuan kenderaan dari Pantai Timur masih terperangkap dalam kesesakan sejak tengah hari tadi.

Keadaan sama turut dilaporkan dari Karak ke Lentang di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sehingga menyebabkan kelewatan selama dua jam.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan pula, trafik dilaporkan perlahan di beberapa laluan menghala ke selatan termasuk Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Gopeng ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Rawang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI