fbpx

Tipu pakej haji: Segera lapor polis, heret penipu ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji berkumpul untuk menunaikan solat di sekitar Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. - AFP

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa mangsa penipuan pakej haji segera membuat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil terhadap sindiket serta individu terlibat.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, laporan itu penting agar segala maklumat diperolehi membolehkan pihak berkuasa melakukan tindakan segera.

Katanya, gesaan tersebut susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan dan kebimbangan baginda terhadap peningkatan kes penipuan pakej haji yang melibatkan umat Islam di Malaysia.

“Tindakan tegas dengan mengheret mereka ke mahkamah adalah bagi memastikan supaya gejala buruk dan tidak bertanggungjawab ini dapat segera dibenteras bagi menyelamatkan umat Islam dari ditipu.

“MAIS juga menyarankan umat Islam untuk menyemak latar belakang serta kelulusan penyedia perkhidmatan ibadah haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga diminta berhati-hati terhadap tawaran pakej haji yang terlalu murah atau percuma kerana kebiasaannya merupakan modus operandi penipuan sindiket selain mendapatkan pengesahan status agensi melalui semakan senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di laman rasmi Lembaga Tabung Haji (LTH).

Kosmo! sebelum ini melaporkan kira-kira 80 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas didapati menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Kes ini dipercayai berpunca daripada pakej haji yang disyaki ditawarkan oleh sindiket tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, polis menahan dua individu bergelar Datuk bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI