fbpx

Suami isteri terkejut lihat tabung penuh wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri itu mengeluarkan sejumlah wang kertas daripada tabung yang diubah suai. - TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia terkejut melihat tabung besar milik mereka yang penuh dengan wang simpanan selama beberapa tahun, lapor portal berita Lambe Turah kelmarin.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah memaparkan pasangan itu mengeluarkan semua wang yang disimpan dan diletakkan di atas dulang rotan. 

Wang kertas itu bernominasi 2,000 rupiah (RM0.52), 5,000 rupiah (RM1.30), 50,000 rupiah (RM14) dan 100,000 rupiah (RM26). 

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 96,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial. 

“Wang kertas itu kelihatan baru, bermaksud mereka baru menabung,” kata seorang netizen. 

“Esok lusa,  sanak saudara datang dengan alasan rindu dan silaturrahim,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI