JAKARTA – Penduduk di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan kebun berlatarkan pemandangan gunung berapi, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Wonosobo dalam daerah Garung semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sttevannzz menunjukkan warga setempat khusyuk menunaikan solat Aidiladha secara berjemaah di celah-celah tanaman.
Ada antara mereka sanggup melaksanakan solat di atas tanah lembab.
Bahkan, jemaah solat juga bercampur saf lelaki dan wanita.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Banyak lagi tempat yang selesa,” kata seorang netizen.
“Malu negara luar tengok,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI